Sunday, July 25, 2010

S40 APP 1967 [AKTA 177]

PIKET

(1) Tanpa menjesaskan seksyen 39,ia adalah tidak sah  bagi seorang atau lebih bertindak bagi pihaknya atau bagi pihak mereka atau bagi pihak suatu kesatuan sekerja atau bagi pihak majikan dalam meneruskan suatu pertikaian perdagangan untuk hadir ditempat atau berhampiran dengan mana-mana tempat:

Dengan syarat bahawa iaadalah tidak menjadi sah bagi seorang atau lebih pekerja untuk hadir ditempat atau berhampiran dengan tempat dimana pekerja itu bekerja dan jika suatu pertikaian perdanganan melibatkan pekerja tersebut wujud hanya bagi maksud secara aman-

(i) mendapatkan atau menyampaikan maklumat; atau

(ii) memujuk atau mendorong mana-mana pekerja supaya bekerja atau enggan bekerja,

dan tertakluk kepada kehadiran tersebut yang tidakl terdiri daripada bilangan atau selainnya dalam apa-apa cara sebagaimana yang dikira-

(a) untuk mengancam mana-mana orang;

(b) untuk menghalang pendekatan kepada tempat itu atau peredaran daripadanya;atau

(c) untuk mengakibatkan pemecahan keamanan.

(2) Mana-mana pegawai atau pekerja kesatuan sekerja yang dianggotai oleh pekerja-pekerja  yang dirujukkan dalam proviso  kepada subseksyen (1) boleh diwakili oleh pekerja-pekerja hanya bagi maksud mengekalkan ketenteraman dan disiplin dan memastikan bahawa pekerja-pekerja itu mematuhi kehendak-kehendak proviso tersebut.

(3) mana-mana orang yang bertindak bertentangan dengan subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan  hendaklah apabila disabitkan, boleh digunakan hukuman penjara bagi suatu tempoh tidak melebehi satu ribu ringgit, atau kedua-duanya.

Saturday, July 24, 2010

S41 APP 1967 [AKTA 177]

KEMUNGKIRAN KONTRAK YANG BOLEH MENYEBABKAN KEROSAKAN KEATAS SESEORANG ATAU HARTA.

Mana-mana orang yang sengaja dan dengan niat jahat memungkiran sesuatu kontrak perkhidmatan atau penyewaan, mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai  bahawa akibat-akibat yang mungkin daripada  dia membuat sedemikian, sama ada berseorangan atau gabungan dangan yang lain-lain, akan membahayakan nyawa manusia  atau perjalanan yang efiysen mana-mana perkhidmatan kesuhatan awam, atau menyebabkan kecederaan tubuh yang serius, atau mendedahkan harta  yang bernilai sama ada harta  tanah atau harta persendirian kepada kemusnahan atau kerosakan yang serius,adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan,dikenakan hukuman penjara bagi suatu tempoh tidak melebehi satu tahun atau denda tidak melebehi sutu ribu ringgit,atau kedua-dua nya.

S42 APP 1967 [AKTA 177]

KOMPLOT DALAM PERTIKAIAN PERDAGANGAN
(1) Apa- apa perjanjian atau gabungan oleh dua atau lebih orang untuk melakukan atau menyebabkan untuk dilakukan apa-apa  tindakan untuk maksud atau bagi mencapai suatu pertikaian perdagangan diantara majikan dan pekerja tidak boleh dihukum sebagai suatu komplot jika tindakan itu dilakukan oleh seorang tidak akan duhukum  sebagai suatu jenayah.

(2) Sesuatu tindakan yang dilakukan menurut perjanjian atau gabungan oleh dua atau lebih orang,jika dilakukan untuk maksud atau bagi mencapai suatu pertikaian perdagangan,tidak boleh didakwa melainkan tindakan itu, jika dilakukan tanpa apa-apa perjanjian atau gabungan, adalah boleh didakwa.

(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh dikecualikan daripada hukuman mana-mana orang yang bersalah kerana komplot dimana  suatu hukuman diawardkan oleh mana-mana undang-undang bertulis.

(4)Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menyentuh undang-undang  yang herhubungan dengan rusuhan, perhimpunan haram, pecah keamanan, atau hasutan atau apa-apa kesalahan terhadap Yang siPertuan Agong atau mana-mana Pihak berkuasa Negeri.

(5) Sesuatu jenayah bagi maksud-maksud seksyen ini ertinya suatu kesalahan bagi  perbuatan dimana pesalah boleh dikenakan, dibawah undang-undang yang membuat kesalahan itu boleh dihukum, dipenjarakan sama ada secara mutlak atau atas budi bicara mahkamah sebagai suatu alternatif kepada hukuman yang lain. 

Friday, July 23, 2010

S43 APP 1967 [AKTA 177]

SEKATAN-SEKATAN  MOGOK DAN SEKAT-MASUK DALAM PERKHIDMATAN -PERKHIDMATAN PERLU.

(1) Tiada pekerja dalam mana-mana perkhidmatan perlu boleh melancarkan mogok -

(a) tanpa memberi notis mogok kepada majikan dalam tempoh empat puluh  dua hari sebeleum mogog;

(b) dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh memberi notis tersebut; atau

(c) sebelum habis tempoh tarikh mogok yang dinyatakan dalam mana-mana notis yang disebut terdahulu.

(2) Tiada majikan yang menjalankan apa-apa perkhidmatan perlu boleh menyekat masuk mana-mana pekerjanya-

(a) tanpa memberi notis sekat-masuk, dalam tempoh enam puluh dua hari sebelum menyekat-masuk;

(b) dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh memberi notis  tersebut ;atau

(c) sebelum habis tempoh tarikh sekat-masuk yang dinyatakan dalam mana-mana notis yang disebut terdahulu.

(3) Notis yang dirujukkan  dalam subseksyen (1) dan subseksyen (2) hendaklah diberi mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.

(4) Mana-mana majikan yang menerima daripada mana-mana orang yang diambil bekerja olehnya apa-apa notis yang dirujukkan dalam subseksyen (1) atau memberi kepada mana-mana orang yang diambil bekerja olehnya apa-apa notis yang dirujukkan dalam subseksyen (2), hendaklah mengemukakan laporan kepada Ketua Pengarah butir-butir notis yang diterima atau yang diberi.

S44 APP 1967 [ AKTA 177]

LARANGAN TERHADAP MOPGOK DAN SEKAT-MASUK

Tiada pekerja boleh melancarkan mogok dan tiada majikan bagi mana-mana pekerja tersebut boleh mengisytiharkan sekat-masuk-

(a) semasa menunggu keputusan  prosiding Lembaga siasatan yang dilantik oleh menteri dibawah Bahagian VIII yang melibatkan pekerja-pekerja itu dan majikan dan tujuh hari selepas konklusi prosiding itu;

(b) selepas suatu pertikaian perdagangan atau perkara yang melibatkan pekerja itu dan majikan telah dirujukan kepada mahkamah dan pihak-pihak berkenaan telah diberitahu mengenai rujukan tersebut;

(c) selepas Yang di-Pertuan Agong atau Pihak berkuasa Negeri, dalam hal pertikaian perdagangan yang berhubungan dengan apa-apa perkhidmatan kerajaan atau perkhidmatan mana-mana pihak berkuasa berkanun, telah enggan memberi persetujuan kepada rujukan pertikaian itu kepada mahkamah  dibawah seksyen 26(2) dan pihak-pihak berkenaan telah diberitahu mengenainya;

(d) berkenaan dengan apa-apa parkara yang diliputi oleh suatu perjanjian kolektif yang diakui oleh mahkamah mengikut seksyen 16 atau oleh suatu award; atau

(e) berkenaan dengan apa-apa perkara yang diliputi dibawah seksyen 13(3).

Thursday, July 22, 2010

S45 APP 1967 [AKTA 177]

MOGOK DAN SEKAT-MASUK MENYALAHI UNDANG-UNDANG 
(1) Sesuatu mogok atau sekat masuk hendaklah disifatkan sebagai menyalahi undang-undang jika-

(a) ianya telah diisytiharkan atau dimulakan atau diteruskan bertentangan dengan seksyen 43 atau seksyen 44 , atau apa-apa peruntukan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain;atau

(b) ianya mempunyai apa-apa tujuan lain daripada bagi mencapai suatu pertikaian perdagangan-

(i) di antara pekerja yang sedang mogok dengan majikan mereka; atau

(ii) di antara majikan yang mengisytiharkan sekat-masuk itu dengan pekerja-pekerjanya.

(2) Sesuatu sekat-masuk yang diisytiharkan hasil daripada sesuatu mogok yang menyalahi undang-undang atau mogok yang diisytiharkan akibat daripada  sesuatu sekat-masuk yang menyalahi undang-undang adalah tidak disifatkan sebagai menyalahi undang-undang.

S46 APP 1967 [AKTA 177]

PENALTI BAGI MOGOK DAN SEKAT-MASUK YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG

(1) Mana-mana pekerja yang memulakan atau meneruskan atau selainnya bertindak bagi mencapai suatu mogok yang menyalahi undang-undang dibawak Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan , dikena hukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebehi satu tahun,atau denda tidak melebihi satu ribu Ringgit,atau kedua-duanya,dan suatu denda tambahan sebanyak lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan.

(2) Mana-mana majikan yang memulakan,meneruskan atau selainnya bertindak bagi mencapai suatu sekat-masuk yang menyalahi undang-undang dibawah Akta ini adalah malakukan suatu kesalahan  dan hendaklah,apabila disabitkan, dikenakan hukuman penjara  bagi suatu tempoh  tidak melebehi satu tahun, atau denda tidak melebehi satu ribu ringgit,atau kedua-duanya, dan suatu denda tambahan sebanyak lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan.